Assalamualaikum...


Terima kasih anda sudi untuk membaca blog aku yang mungkin kadang-kadang akan jadi merapu. Apa yang aku buat sebenarnya bermula dari sifat ingin tahu, kemudian akan ada sifat ingin mencuba kerana berbagai persoalan yang tidak terjawab. Kenapa? Kerana itu sudah semestinya adalah fitrah manusia yang selalu inginkan perubahan ke arah yang lebih baik dan inginkan sesuatu yang baru untuk dipelajari. Terlalu banyak perkara baru yang aku perlu belajar dalam hidupku, akan tetapi perkara yang baru yang perlu ialah sesuatu yang bermanfaat dalam diri kita.


Dunia hari ini yang kita berdepan seharian sebenarnya banyak telah memesongkan kehidupan sebenar kita atau lebih tepat ialah kita berada dalam kesesatan termasuklah diriku sendiri. Matlamat utama kita hari ini adalah mencari keselesaan di dunia tanpa disedari oleh manusia. Tugas sebenar mencari kebahagiaan dunia dan akhirat adalah cerita dongeng oleh kebanyakan manusia yang mengaku Islam yang mana kita semua telah ditipu hidup-hidup oleh sistem dunia.


Mentaliti pemikiran manusia telah dipesongkan. Fokus manusia adalah pendidikan dan karier atau pekerjaan!! Kita telah ditanamkan dengan pemikiran agar tidak ketinggalan zaman la katakan. Bermula lahir seorang bayi, ibubapa telah membuat planning untuk anaknya. Mula-mula sekolah kemudian universiti kemudian mendapat kerja yang bagus kemudian berkeluarga. Betul tak? Adakah benar pendidikan menjamin masa depan? Majoriti daripada anda mungkin akan berkata YA. Ini bermakna sistem ini telah berjaya.


Mungkin anda merasakan ini adalah perkara yang normal untuk menjalani kehidupan di dunia.Aku bukanlah anti kepada kemajuan kerana aku pun dibesarkan dengan sedemikian rupa, tetapi apa yang aku ingin memberitahu kita dalam tidak sedar telah ditipu oleh sistem dunia secara tidak langsung bagi menyesatkan umat manusia. Aku tidak nafikan bahawa kemajuan ini sangat bermanfaat. Kalau tak mungkin aku tidak menulis kat blog ni.


" Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk kaum tersebut".
[HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4031)]


Bagaimanakah kita telah terperdaya? Percayakah anda bahawa cara kehidupan kita seharian ini dari segi pemikiran, pakaian, pemakanan, hiburan, etc telah dirangka oleh seseorang? Teruskan membaca..


Wallahu'alam..