Setiap kali Ramadan menjelma, pasti aku akan teringat semasa aku kecik-kecik dulu. Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang..hahahaaha. Masa aku kecik dulu aku ni nak kata nakal tu tak jugak. Paling aku ingat ialah time aku main meriam buluh & perang mercun lidi, budak kampung katakan. Best giler time tu.. Kena sergah, marah dek orang kampung tapi masih main jugak, memang degil. Meriam buluh selamba je letak atas bahu, macam tembak pakai bazooka (ini semua pengaruh filem-filem barat).Tapi time tu kitaorang memang dah ikat siap-siap buluh tu dengan tiub basikal yang terpakai mengelakkan buluh tu berkecai (dilarang meniru skill ini ye) safety first walaupun takde safety officer time tu.. Lepas tu main perang dengan mercun lidi. Kitaorang berpecah 2 team & jarak dia tak sampai 50 meter. Letak mercun lidi dalam botol & start perang. Tapi alhamdulillah takde yang cedera sepanjang aku main mainan yang bahaya ni. Zero LTI. Walau apapun aku rasa kesal kerana aku telah banyak mengganggu orang kampung & membahayakan diri sendiri.
Aku rasa zaman sekarang dah takde mainan bahaya macam ni. Meriam buluh pun aku tak pernah dengar sekarang. Aku harap kepada ibubapa, perhatikanlah anak anda walaupun zaman sekarang agak susah untuk mendapatkan mercun. Mungkin ada perkara yang lebih berbahaya yang anak anda lakukan iaitu dadah, hidu gam, mencuri dan apa saja. Apa yang penting ialah dengan siapa anak anda berkawan.
Di bulan Ramadan yang mulia ini kita mendapat berbagai fadhilat kerana segala amalan kita akan digandakan pahalanya dan berbagai keberkatan akan diturunkan. Perbanyakkanlah amal ibadat dan sedekah.
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
[Riwayat Abu Hurairah r.a]
Walaupun syaitan telah dirantai namun manusia berhati syaitan masih berleluasa di atas muka bumi. Kita telah dikejutkan banyak kes buang bayi. Mereka bukan sahaja membuang bahkan membunuh bayi mereka. Takde otak ke mereka ni? Tak kesian ke kat baby ni? Hairankan?
Walaupun syaitan telah dirantai namun manusia berhati syaitan masih berleluasa di atas muka bumi. Kita telah dikejutkan banyak kes buang bayi. Mereka bukan sahaja membuang bahkan membunuh bayi mereka. Takde otak ke mereka ni? Tak kesian ke kat baby ni? Hairankan?

Tidak mungkin pasangan yang berkahwin akan membuang anak mereka. Logikkah? Tidak lain tidak bukan anak-anak ini daripada hasil zina. Kerana mahu menutup aib maka anak mereka menjadi mangsa dari perbuatan zina itu.
Di Malaysia masyarakat mainstream tidak lagi memanggil perkara tersebut zina. Ada ke mahkamah atau media di Malaysia menyebut zina? Seks luar nikah ataupun terlanjur.
Lihatlah bagaimana anda telah dipesongkan agar maksiat itu kedengaran tidak begitu keras berbanding perkataan zina.
Manusia yang tidak berhati syaitan dan lebih teruk dari binatang. Babun betul diorang nih ye. Semoga Allah membuka pintu hati mereka kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]
Di bulan puasa ini, aku dapat agak apa yang paling difikirkan ialah makanan untuk berbuka. Apa yang diutamakan sekarang sebenarnya adalah jasad semata-mata tanpa memberi makanan kepada roh. Roh pun ada makanan ke? Makanan roh adalah amalan yang mengabdikan diri kepada Allah untuk mencapai akhirat yang hakiki.

Sebenarnya jasad adalah bersifat sementara sahaja, yang mati satu hari nanti pun adalah jasad. Jasad merupakan satu alat bagi roh kita di dunia untuk mencari makanan yang sesuai dengan pengisian kita sebagai hamba Allah.
Oleh itu perbanyakkan amalan anda dan bijaklah berbelanja. Jangan sampai puasa kita menjadi sia-sia. Akhir kata selamat berpuasa..
Wallahu'alam..
0 Comments Received
Leave A Reply