Assalamualaikum..

Pernahkah anda membaca risalah tentang Adolf Hitler berpihak pada orang-orang Islam semasa World War II? Risalah berserta gambar tentera Nazi bersembahyang ini mengisahkan kebaikan tentang Adolf Hitler bersama Mufti al-Quds untuk melawan musuh yang paling ditakuti iaitu kaum Yahudi. Tentera Nazi telah diwartakan dalam sejarah dunia telah membunuh 6 juta orang dari kaum Yahudi. Apakah Holocaust benar-benar berlaku? Bagi pendapat aku memang ia berlaku tetapi jumlahnya bukanlah mencecah jutaan orang.

Inilah risalah tentang kemuliaan Adolf Hitler:

"Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"


Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
 Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



 


Tentera Nazi sedang bersolat jemaah.


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Mufti Al-Quds sedang memeriksa barisan tentera Nazi



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.


Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.


Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
 Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat."


-Tamat-


Risalah ini semakin banyak tersebar secara meluas sejak kebelakangan ini yang menyatakan kajian tesis seorang pelajar PHD seolah-olah mengagungkan Adolf Hitler. Aku rasa nak tergelak pun ada kerana anda telah tertipu oleh gambar-gambar tipu di atas ni. Dan yang paling aku rasa pelik dalam artikel ni menyebut prinsip Hitler berkaitan Islam? Woi!! Islam tidak menyuruh membunuh manusia secara kejam dan sewenang-wenangnya la. Bakar je la PHD tu...kui kui kui..

Aku bukanlah hendak memburuk-burukkan Hitler sebab aku bukannya hidup satu zaman dengan beliau tetapi banyak sangat part artikel ini yang menimbulkan keraguan. Banyak pengkaji sejarah telah menafikan berlakunya Holocaust iaitu pembunuhan besar-besaran ke atas kaum Yahudi dengan kejam sekali. Anda boleh search kat google untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Pertemuan Mufti al-Quds dengan Adolf Hitler adalah sememangnya benar akan tetapi beberapa fakta telah diselewengkan untuk meyakinkan dunia Islam bahawa Nazi berpihak kepada Islam, sekali gus mahu membuktikan bahawa Holocaust yang membunuh 6 juta orang yahudi itu adalah benar.

Padahal gambar-gambar tersebut merupakan gambar Sheikh Amin besama tentera Bosnia dan Albania.
Tentera-tentera tersebut sememangnya Muslim.
Klik link di bawah untuk kepastian.
http://www.euroheritage.net/albanianfreedomstruggle.shtml
Sudah jelaskah kalian semua?? Gambar tersebut bukan tentera Nazi.
Gambar-gambar ini diambil semasa Perang Dunia Kedua.
Kerajaan Islam di negara Balkan semasa itu mahu mendapatkan kemerdekaan dari Soviet Union dan Yugoslavia. Oleh itu, negara-negara ini terpaksa berpihak kepada Jerman untuk mendapat kekuatan dalam peperangan.
Tujuan Mufti al-Quds bertemu tentera tersebut adalah untuk memberi sokongan moral dalam memerangi negara komunis dan puak yahudi. Oleh sebab itu juga Sheikh Amin bersemuka dengan Adolf Hitler kerana mereka berada di pihak yang sama iaitu Pakatan Paksi (Axis). Jikalau benar sheikh-sheikh Islam mendekati para tentera Nazi untuk memberi nasihat, adakah anda rasa mereka akan memberi dorongan untuk membunuh kaum Yahudi yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak? Lu pikir la sendiri..kesian kat orang yang percaya Hitler ni baik.


Ingat kepada saudara-saudaraku sekalian, sebaik sahaja perang dunia ke-2 tamat, telah bermula era penubuhan negara Israel kerana rasa simpati masyarakat dunia kepada kaum Yahudi untuk membentuk sebuah negara sendiri setelah peristiwa Holocaust. Rasa simpati ini telah menghalalkan penaklukan dan pembunuhan ke atas penduduk Palestin. Masyarakat dunia dan dunia Arab sendiri sekadar menutup mata atas kekejaman Yahudi Zionis sehinggalah sekarang. Adakah anda masih tidak nampak bagaimana kaitan Hitler Nazi - Holocaust - Negara Israel.? Sudah tentu anda tidak percaya bagaimana kaitan Hitler dengan negara Israel? Nantikan kisah asal usul Hitler. Anda akan faham nanti..Insyaallah.

Wallahualam...