Assalamualaikum..
McDonald merupakan satu nama yang besar dalam industri pemakanan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. McDonald atau nama glamournya McD yang menjadi gelaran rakyat Malaysia telah sekian lama menjadi makanan 'fast food' yang paling digemari selain Kfc. Seperti yang kita ketahui, majoriti pemegang saham McD di Malaysia ialah orang Islam sendiri dan pekerja-pekerja pun terdiri daripada majoriti Muslim. Oleh itu, sudah tentu makanannya halal tanpa was-was lagi kerana diuruskan oleh orang Islam sendiri. Lagipun ia telah disahkan halal oleh Jakim sendiri. Aku fikir ramai yang setuju pendapat halal. Tapi pendapat aku adalah sebaliknya. Mengapa? Nanti aku ceritakan.


Surat di atas telah disebarkan secara meluas semenjak 2 3 hari yang lepas. Ini telah menimbulkan suasana panik kepada masyarakat Muslim Malaysia sebabnya surat ini adalah daripada Jakim sendiri. Tapi bagi aku, ia langsung tidak mengejutkan kerana aku telah lama memboikot makanan fast food setelah mengetahui kebenaran.

Sebenarnya surat ini bukanlah mengeluarkan kenyataan status halal haram kepada McD, tetapi surat Jakim ini ingin meminta penjelasan daripada MacFood (pembekal sumber bahan McD) setelah Jakim tidak lagi mengiktiraf Badan Islam Uruguay (mcm Jakim Uruguay la) kerana MacFood telah mengimport bahan-bahan McD dari Uruguay. So banyakla isu McD tidak halal untuk dimakan di laman facebook, twitter dan blog. Pun begitu ramai juga yang mempertahankan McD walaupun mereka tahu timbul syubhah atau was-was.

Apa jawapannya dari McD? Sudah semestinya jawapannya halal dan selamat dimakan.


Jawapan dari Jakim pun sama. Anda boleh telefon sendiri Jakim untuk pengesahan.

Takkan nak kata tidak halal beb?? Rugi besar tuuuu..
Sejauh manakah kebenaran status halal makanan yang diimport? Makanan dalam negeri pun banyak menimbulkan keraguan.




Apa yang aku ingin sampaikan di sini bukanlah tidak halal sebab surat ni sahaja tetapi aku telah banyak didedahkan tentang macam mana sistem kapitalis ini beroperasi sehingga lah penglibatan negara Israel dalam McD. Ketahuilah McD adalah salah satu penyumbang kepada penubuhan negara Israel. Tidak perlulah anda menafikan dan sengaja mengatakan tidak tahu menahu tentang perkara ini.

Israel telah banyak menerima sumbangan beratus bilion USD setahun dari Amerika yang hasilnya adalah hasil titik peluh umat Islam yang hipokrit. Ramai saudara-saudara kita di Timur Tengah telah dibunuh dengan hasil hipokrit-hipokrit atau dengan kata lain orang Islam lah yang memberi bantuan kepada Zionis untuk membunuh orang Islam Palestine. Tahukah anda??

Firman Allah:
"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara" (Surah al-Hujurat ayat 10)


Kepada mereka yang masih mempertahankan McD diminta usahlah mempromosi McD ini sebagai halal kepada orang lain. Jika anda hendak teruskan life anda seperti sekarang teruskanlah.

Firman Allah:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Wallahualam..